suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Tikam, Ragut Beg Isteri

Wanita terbaring selepas ditikam di bahagian perut.Foto kredit: FACEBOOK/LIM LIAN CHYE.

SINGAPURA: Seorang lelaki ditahan selepas menikam seorang wanita di Geylang pada Sabtu.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan kerana meneyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya, ujar polis dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Kejadian berlaku di Lorong 16 Geylang dan polis menerima laporan pada pukul 11.49 pagi.

The Straits Times difahamkan, wanita berusia 26 tahun itu merupakan isteri kepada suspek.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang berjalan dengan lelaki lain dan hanya berpisah selepas insiden berlaku.

Dia ditikam di bahagian perut. Malah lelaki berusia 29 tahun itu juga turut meragut beg tangan mangsa.

Polis menahannya di Jalan Guillemard pada lebih kurang pukul 12.15 tengah hari.

Mangsa kini berada di Hospital Tan Tock Seng dan dilaporkan stabil.

Lelaki tikam, isteri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain