suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan Tidur, Cikgu 'Lemas' Budak Bawah Selimut

-Paparan skrin rakaman video. -metroUK

SEORANG pekerja pusat jagaan kanak-kanak 'kantoi' apabila rakaman kamera menunjukkan dia bertindak melemaskan seorang budak yang enggan tidur di bawah selimut.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu berdepan mimpi ngeri berikutan pengalamannya di Tadika Hongying, bandar Hezhou di wilayah Autonomi Guangxi, selatan China.

Rakaman CCTV menunjukkan pekerja terbabit menekap muka budak lelaki tersebut dengan selimut selama dua minit.

Selepas budak itu memberitahu ibu bapanya tentang pengalaman traumanya, polis dipanggil ke nurseri tersebut dan guru itu ditangkap atas tuduhan dera.

Ibu bapa budak lelaki itu juga ditawarkan pampasan sebanyak 50,000 RMB (£5,693).

Terdapat juga ibu bapa yang lain juga mengadu tentang pusat jagaan berkenaan, menyatakan bahawa 'ramai' kanak-kanak mengalami mimpi buruk di situ.

Ketuanya, yang tidak dinamakan dalam satu kenyataan berkata: "Kami akan bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan yang sedang berjalan dan tidak akan lari dari tanggungjawab jika didapati bersalah."

Ibu bapa budak lelaki itu berkata mereka merancang untuk menggunakan wang itu bagi membayar terapi anak mereka.

Guru terbabit telah diberhentikan dan difahamkan nurseri itu masih beroperasi. -metroUK

nurseri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nepal Larang Pendaki Solo

Artikel Lain