'Panjang Umur' Walau Hidap Tumor Otak - Dunia | mStar

'Panjang Umur' Walau Hidap Tumor Otak

Kaleigh Lau. -fotoGetty

SEORANG budak perempuan berusia tujuh tahun menjadi salah seorang pesakit yang paling lama hidup walaupun menghidap ketumbuhan otak yang jarang-jarang berlaku.

Keluarga Kaleigh Lau berpindah ke Mexico dengan harapan dapat mencari penawar atau kejaiban untuk merawat sakitnya.

Kanak-kanak itu hanya diberikan tempoh sembilan bulan untuk hidup pada April 2016 apabila doktor mengesahkan dia menghidap Diffuse Intrinsic Pontine Glioma.

Pihak hospital berkata tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyembuhkan kanak-kanak ini.

Tetapi, keluarganya membawanya ke Mexico untuk mendapatkan rawatan eksperimen bernilai £350,000 yang diiklankan dalam talian.

Kaleigh Lau bersama ibunya, Yang. -fotoGetty

Bapanya, Scott, 41, berkata: "Jika ia satu penipuan, tak apalah, tetapi kami terpaksa melakukan sesuatu.

"Jika kami sampai di sana dan mendengar apa yang kami tak ingin dengar, kami hanya mampu pulang semula ke rumah."

Beberapa hari selepas tiba di Hospitales Angeles di Monterrey, keadaan murid itu menjadi lebih baik.

Selepas tiga bulan pertama mereka tinggal di Amerika Utara, keluarga ini, dari Woodford Green, Essex, telah pergi ke hospital tersebut sebanyak lima kali.

Tetapi mereka perlu mendapatkan wang £350,000 untuk memastikan Lau terus mendapat rawatan.

Mereka setakat ini telah mengumpul sebanyak £220,000.

"Banyak penderitaan yang telah dialaminya dan dia masih hidup.

"Jika dia mahu berjuang saya akan bersama-sama dengannya untuk berjuang dan kami akan terus positif setakat yang kami mampu," kata bapanya. -dailyStar

tumor otak

Artikel Sebelum

Aksi Terjunan Tali Bertukar Tragedi

Artikel Berikut

India Buru Zakir Naik

Artikel Lain