suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

India Buru Zakir Naik

NEW DELHI: Selepas polis antarabangsa (Interpol) enggan mengeluarkan 'red corner notice' (RCN) ke atas penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik; Agensi Penyiasatan Kebangsaan India (NIA) akan mengemukakan penanahanan sementara penceramah itu yang dipercayai kini berada di Malaysia.

NIA turut mengemukakan rayuan baharu kepada Interpol pada Selasa untuk mendapatkan RCN ke atas Zakir Naik, lapor Times of India.

Di bawah persetujuan ekstradisi dengan India, Malaysia perlu memberikan lokasi Zakir Naik yang tertakluk kepada undang-undang seterusnya menahan penceramah itu.

Selepas beliau ditahan, India akan membuat permohonan rasmi ke atas ekstradisi penceramah itu dalam tempoh 60 hari.

Menteri Luar India pada November berkata, kerajaan negara itu akan membuat permohonan rasmi kepada Malaysia untuk tujuan itu bagi membolehkan Zakir Naik dibicarakan di India.

Zakir Naik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Habis Lingkup Dia 'Kerjakan'

Artikel Lain