suria

Aksi Terjunan Tali Bertukar Tragedi

NIAT pasangan muda untuk mencuba terjunan tali pada ketinggian 80 kaki bertukar tragedi apabila mereka 'mendarat' di atas sebatang sungai di Rusia yang sudah membeku.

Rakaman video menunjukkan pasangan tersebut terhempas di atas ketulan ais tebal selepas tali yang digunakan mereka untuk aksi ekstrem itu terlalu panjang.

Pasangan tersebut yang tidak didedahkan identitinya masih tidak sedarkan diri.

Sejurus kejadian itu, mereka dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi dekat Seversk, Rusia.

Pasangan itu dilihat memeluk antara satu sama lain dan sempat bergurau sebelum melakukan aksi terjunan tersebut.

Pasangan muda ini teruja untuk melakukan terjunan tali. 

Sebaik sahaja dilepaskan ke udara, mereka menjerit kerana teruja sebelum bunyi teriakan kedengaran ketika kedua-duanya terhempas di atas ais.

Seorang lelaki yang merakamkan adegan itu di atas jambatan menyalahkan seorang lagi lelaki lain dengan berkata, 'anda kata sudah periksa dan ukur tali tersebut...?.

Tali masih melekat pada seorang lelaki dan kedua-dua mangsa dilihat berlumuran darah.

Anggota penyelamat terpaksa menunggu pasukan perubatan untuk tiba di lokasi kejadian sebelum memindahkan mereka.

Kedua-dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Seversk yang terletak 10 kilometer dari barat laut bandar Tomsk merupakan sebuah pusat utama pemprosesan uranium dan plutonium. - mirror.co.uk

terjunan bertali, Rusia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain