suria

Budak Lelaki Minta Santa Claus ‘Kembalikan Ibu’

SIMON Thomas mendedahkan permintaan anak lelakinya memohon kepada Santa Claus dalam satu surat yang menyentuh hati.

Dalam surat itu, Ethan, 8, memohon agar Santa Claus dapat mengembalikan semula ibunya.

Isteri penyampai saluran berita sukan Sky Sports itu, Gemma meninggal dunia pada 24 November lalu, tiga hari selepas disahkan menghidap penyakit leukaemia.

Gemma, 40, menghembuskan nafas terakhirnya disisi Simon dan anak lelakinya, Ethan, 8.

Simon bersama Gemma.

Simon, 44, memuat naik gambar surat yang ditulis Ethan kepada Santa Claus di laman Instragramnya.

"Krismas ini, saya berusia lapan tahun. Tiga perkara yang saya gemar lakukan semasa Krismas adalah 'Playmobil, Lego dan Mummy back (ibu kembali semula).'

Dalam kapsyen gambar itu, Simon berkata dia berharap dapat menunaikan permintaan ketiga anaknya.

Gambar tersebut turut mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengikut Simon.

Krismas, Santa Claus

Artikel Berikut

Aksi Terjunan Tali Bertukar Tragedi

Artikel Lain