suria

“Suami Saya Pemberi Hadiah Krismas Paling Teruk Di Britain”

-fotoCatersNewsAgency

SEORANG isteri menganggap suaminya sebagai seorang pemberi hadiah Krismas paling teruk di Britain.

Selama lebih dari satu dekad, Sam Broad, ibu kepada dua anak ini sering mendapat pelbagai hadiah 'tidak berguna' di bawah pokok Krismasnya pemberian pasangannya, Rick, 62.

Tradisi itu bermula 15 tahun yang lalu apabila Broad dihadiahkan dengan satu set sudu teh oleh kekasihnya.

Rick kemudian meneruskan pemberiannya dan selama bertahun-tahun dia telah menghadiahkan Broad dengan tuala kecil, sarung tangan getah dan cecair pencuci cermin kereta.

Rick (kiri) dan isterinya, Sam Broad. -fotoCatersNewsAgency

Broad, dari Dartmouth, Devon berkata: "Setiap kali sebelum Rick memberi saya hadiah, dia berpesan supaya saya 'tidak teruja' dan ia biasanya menjadi satu nasihat yang baik!

"Sejak itu, hadiah Rick menjadi legenda dalam kalangan rakan-rakan saya.

"Saya pernah dapat pemutar skru, tuala kecil, penyegar udara, paracetamol, beg plastik sampah, cecair pencuci cermin kereta dan sarung tangan getah," katanya.

Broad, 45, percaya pilihan hadiah itu mungkin boleh dipertikaikan memandangkan jurang usia mereka adalah 17 tahun.

Mempertahankan tradisi hadiah perayaannya yang luar biasa, Rick berkata dia tidak faham mengapa perlu memberikan hadiah baharu apabila terdapat lebih banyak pilihan hadiah lebih praktikal.

"Apa gunanya membeli hadiah yang akhirnya akan dibuang bersama sampah, sedangkan hadiah praktikal ini boleh digunakan berulang kali?

"Setiap kali dia memakai sarung tangan getah, dia akan ingatkan Krismas.

"Dia kini sebenarnya mengharapkan hadiah mengarut, tetapi dia tidak pernah kelihatan kagum dengan apa yang saya beli dan sedikit merungut.

"Dia selalu mengadu kepada kawan-kawannya di telefon. Saya tahu dia sebenarnya sukakan hadiah saya."

Walaupun mempunyai cita rasa yang boleh dipersoalkan dalam membeli hadiah, Broad menegaskan bahawa musim perayaan tidak akan sama tanpa hadiah mengarut daripada suaminya. -TheSun

hadiah Krismas, pokok Krismas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain