suria

Gaduh Gara-Gara Nuget Ayam

SEORANG pelanggan ditanduk seorang pekerja McDonald gara-gara tidak berpuas hati dengan nuget ayam yang dipesannya.

Dalam video berdurasi 26 saat yang tular di media sosial, pekerja lelaki terbabit dilihat menarik baju pelanggan tersebut sebelum menanduknya.

Insiden itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.50 pagi ketika menu biasa itu ditukar kepada hidangan sarapan pagi di restoran makanan segera tersebut.

"Pertelingkahan berlaku kerana menu itu ditukar kepada hidangan sarapan pagi dan mereka tidak menyediakan sebarang nuget ayam.

"Jadi dia minta tukar dengan daging bakon tetapi hidangan itu juga tiada," kata sumber video tersebut.

Selepas insiden di restoran makanan segera itu yang terletak di Liverpool, pekerja terbabit yang digantung tugas tampil mempertahankan dirinya.

Dia mendakwa pelanggan itu cuba menumbuknya tetapi berjaya dielakkan.

Namun dia membalas serangan itu dengan menanduk kepala pelanggan terbabit.

Jurucakap McDonald berkata mereka memandang serius kes tersebut dan mengesahkan pekerja berkenaan sudah digantung tugas.

McDonald, nuget ayam

Artikel Sebelum

Berani Dia Rembat Senapang Polis

Artikel Berikut

Artikel Lain