Trak Tunda Terbakar Semasa Tarik Pesawat - Dunia | mStar

Trak Tunda Terbakar Semasa Tarik Pesawat

Pasukan kecemasan sedang memadamkan kebakaran. Foto AsiaWire/Youtube

SINGAPURA: Sebuah trak tunda pesawat terbakar di Lapangan Terbang Changi semasa ia menarik pesawat Singapore Airlines (SIA) Boeing 777-200 ke pintu pelepasan pada kira-kira pukul 4 pagi Rabu. 

Bercakap kepada Channel NewsAsia, seorang jurucakap memberitahu tiada penumpang di dalam pesawat ketika kejadian berlaku.

Tambahnya, seorang kru penunda pesawat yang berada di kokpit ketika itu dipindahkan menggunakan gelongsor kecemasan.

"Tiada kecederaan dilaporkan dan kebakaran dipadam oleh Khidmat Kecemasan Lapangan Terbang," kata jurucakap itu.

"Singapore Airlines akan berkerjasama dengan pihak berkuasa dan Syarikat Kejuruteraan SIA menyiasat insiden tersebut," katanya.

Bahagian depan pesawat SIA berkenaan dilitupi warna hitam, kesan kebakaran yang berlaku pada trak tunda. - channelnewsasia

Singapore Airlines

Artikel Sebelum

Langgar Polis Elak Bayar Denda

Artikel Berikut

Aksi Yang Membuatkan Anda Teruja!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain