Mayat 10 Kelasi USS John S McCain Ditemukan - Dunia | mStar

Mayat 10 Kelasi USS John S McCain Ditemukan

SINGAPURA: Penyelam Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dan Kor Marin menemukan baki lapan lagi mayat kelasi kapal USS John S McCain di dalam kapal tersebut, demikian menurut Armada Ketujuh AS, Isnin.

Dua mayat anak kapal yang hilang dijumpai minggu lepas.

Kapal pemusnah peluru berpandu itu berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC di perairan timur Selat Melaka dan Singapura pada 21 Ogos lepas.

Kejadian itu sedang disiasat bagi menentukan fakta dan keadaan perlanggaran, menurut Tentera Laut AS dalam laman webnya.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata usaha pencarian di dalam kapal itu ditamatkan selepas Tentera Laut AS mengumumkan kesemua 10 kru kapal yang hilang telah ditemukan.

Singapura sebelum ini menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat dengan AS, Australia, Indonesia dan Malaysia yang meliputi kawasan seluas 5,524 kilometer persegi.

Operasi berkenaan melibatkan lebih daripada 300 anggota daripada agensi Singapura termasuk MPA dan Angkatan Tentera Singapura (SAF), Polis Pengawal Pantai Singapura (PCG) dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Operasi yang diketuai Singapura itu ditangguh pada 9 malam 24 Ogos selepas Tentera Laut AS mengumumkan penggantungan usaha mencari dan menyelamat untuk memberi tumpuan kepada pencarian di dalam kapal.

Singapura terus menyokong Tentera Laut AS dalam pencarian di kapal di Pangkalan Tentera Laut Changi  sehingga kesemua anak kapal yang hilang dijumpai.

“Bagi pihak semua agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat ini, MPA menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan orang tersayang kepada anak kapal Tentera Laut AS yang maut. Kami berharap mereka akan mendapat kekuatan untuk melalui saat-saat yang sukar ini,” kata Ketua Eksekutif MPA Andrew Tan dalam kenyataan di sini.-  Bernama

USS McCain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Seni Hidup Model Bogel

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain