suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi Grenfell: Angka Korban Meningkat 17 Orang

Bangunan pangsapuri di London terbakar pada awal pagi Rabu. Foto AFP

SERAMAI 17 orang disahkan maut dalam satu kebakaran di sebuah pangsapuri setinggi 27 tingkat di London pada awal pagi Rabu.

Insiden di bangunan Grenfell Tower di Latimer Road, White City itu menyaksikan ramai mangsa yang terperangkap.

Dalam kejadian itu, lebih 600 penghuni cuba menyelamatkan diri dengan kebanyakan mereka menjerit meminta bantuan.

Seorang penduduk berkata, dia percaya seseorang telah terjun dari antara tingkat 10 dan 15 untuk menyelamatkan diri.

Khidmat Ambulans London memberitahu, 50 mangsa dikejarkan ke lima hospital di sekitar bandar raya itu, manakala seorang penduduk masih lagi terperangkap di tingkat 11 bangunan tersebut.

Kebakaran dikatakan bermula dari tingkat dua bangunan sebelum merebak ke bahagiian bumbung dalam masa 15 minit.

Pasukan bomba yang terdiri daripada 200 anggota berusaha memadam kebakaran dan mengawal keadaan. - BBC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain