suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Hidang Sushi Di Badan Dakwa Dicabul

Wanita 'sushi' itu bertengkar dengan pelanggan yang didakwa mencabulnya. F

BEIJING: Seorang wanita yang bertugas menyediakan hidangan sushi di badannya di sebuah restoran di utara China mendakwa dicabul pelanggan.

Menurut laporan akhbar China Youth Daily, insiden tersebut berlaku semasa wanita berkenaan bertugas di restoran di Taiyuan di wilayah Shanxi.

Sebuah video dimuat naik di Internet pada Jumaat lalu menunjukkan wanita itu baring di atas meja dengan memakai baju dan seluar pendek, dengan sushi dihidangkan di atas badannya.

Wanita berkenaan mendakwa seorang pelanggan melakukan sesuatu terhadapnya semasa mengambil sushi dari badannya dengan menggunakan penyepit.

Mangsa yang berang kemudian bangun dan bertengkar dengan lelaki itu yang didakwa mencabulnya. – South China Morning Post

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain