suria

Beg Penumpang Nyaris Disedut Enjin Pesawat

SEBUAH beg penumpang nyaris disedut enjin pesawat apabila ia 'ditiup' di landasan Lapangan Terbang Heathrow di London.

Insiden dramatik itu boleh mengakibatkan kebakaran atau letupan membabitkan pesawat.

Kakitangan yang memindahkan ratusan barangan susulan masalah sistem teknologi maklumat (IT) British Airways (BA) di seluruh dunia, 'terlepas pandang' terhadap beg berkenaan.

Masalah IT BA tersebut mengakibatkan banyak penerbangan dibatalkan dan sekurang-kurangnya 75,000 penumpang terkandas.

Seorang kru memberitahu ia merupakan pertama kali insiden 'beg' seumpama itu berlaku.

Tambahnya: BA perlu menunjukkan sebagai sebuah syarikat yang beroperasi dengan baik dan selamat.

Beg yang 'ditiup' enjin pesawat sejauh hampir kira-kira 200 meter itu berjaya diselamatkan kru bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

Seorang sumber BA berkata: "Dengan enjin pesawat yang dihidupkan, beg tersebut boleh disedut semasa pelepasan.

"Ia boleh memberi risiko kepada penumpang dan kakitangan yang beroperasi di lapangan terbang. Ia boleh menyebabkan kegagalan enjin atau kebakaran."

Seorang jurucakap BA pula berkata: Atas sebab-sebab keselamatan, kakitangan tidak dibenarkan melintasi di hadapan landasan yang menempatkan pesawat yang sedang bersedia untuk pelepasan.

"Pesawat kami di landasan semasa beg tersebut bergerak ke kawasan larangan, dan kakitangan lapangan terbang terpaksa menunggu keadaan yang sesuai dan selamat untuk mendapatkan beg berkenaan." - Mail Online


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain