suria

Bencana Badai Sri Lanka

COLOMBO: Musim monsun yang melanda Sri Lanka bermula dengan tragedi apabila sekurang-kurangnya 92 orang mati, manakala 110 lagi dilaporkan hilang akibat banjir dan tanah runtuh.

Jurucakap Pusat Pengurusan Bencana (DMC) berkata, lebih 60,000 penduduk lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing di bahagian selatan dan barat negara itu.

Timbalan Menteri Pengurusan Bencana, Dunesh Gankanda berkata, pihaknya menerima laporan mengenai beberapa kawasan yang terputus hubungan dan bantuan menyelamat sedang dihantar ke kawasan terbabit.

Mengikut laporan rasmi, angka kematian meningkat kepada 92 orang termasuk seorang anggota tentera yang maut selepas terjatuh dari helikopter ketika dalam misi menyelamat.

Seramai 110 penduduk lagi dilaporkan masih hilang.

Susulan itu, kerajaan Sri Lanka merayu bantuan antarabangsa berikutan ada beberapa kawasan yang terputus hubungan sama sekali, menyebabkan bantuan gagal dihantar. - AFP



Colombo, DMC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain