suria

Betul Ke Ariana Grande Datang Balik Ke Manchester?

Ariana Grande. Foto Reuters

ARIANA Grande mengesahkan beliau akan kembali ke Manchester selepas mengeluarkan kenyataan di Twitter bahawa 'kita tidak akan biarkan kebencian menang'.

Konsert penyanyi itu diserang oleh pengebom berani mati, Salman Abedi pada Selasa lalu, mengorbankan 22 orang dan mencederakan lebih 110 mangsa.

Beliau terpaksa menangguhkan konsert jelajah dunianya susulan tragedi berdarah itu.

Bagaimanapun, Grande mengesahkan akan kembali ke bandar itu dan akan mengadakan konsert amal untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa.

Menurut penyanyi berusia 23 tahun itu: "Hati, doa dan takziah saya bersama mangsa-mangsa serangan di Manchester dan insan-insan tersayang mereka.

"Tiada apa yang saya atau sesiapa yang boleh lakukan untuk mengambil kesakitan yang dialami anda atau menjadikannya lebih baik.

"Bagaimanapun, saya memanjangkan kasih saya dan segala-galanya yang mungkin saya boleh berikan kepada anda, jika anda mahu bantuan saya dalam apa jua cara.

"Satu-satu perkara yang boleh kita lakukan sekarang adalah memilih bagaimana ia memberi kesan kepada kita dan bagaimana kita hidup dari sini dan hari-hari yang akan datang." - Mail Online


Ariana Grande

Artikel Sebelum

Artikel Lain