suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapangan Terbang Nepal Ditutup Kerana Harimau Bintang

KATHMANDU: Nepal terpaksa menutup lapangan terbang antarabangsanya selama setengah jam pada Isnin selepas seekor harimau bintang dikesan berada hampir dengan landasan berlepas.

Jurucakap lapangan terbang di Kathmandu berkata pegawai keselamatan dan hidupan liar sedang mencari haiwan tersebut yang dipercayai bersembunyi di dalam longkang selepas dikesan seorang juruterbang.

"Kami menutup lapangan terbang itu selama 30 minit selepas insiden itu dilaporkan tetapi kami masih belum menjumpai harimau bintang tersebut," kata Prem Nath Thakur.

Satu penerbangan antarabangsa ditangguhkan tetapi tiada penerbangan lain dijadualkan semasa penutupan tersebut.

Kathmandu terletak hampir dengan kawasan hutan berbukit dan harimau bintang kadang kala dilihat berkeliaran di sekitar bandar itu.

Pada 2016, pesawat membawa sembilan penumpang terpaksa membuat pendaratan kecemasan selepas sayap kiri pesawat itu dilanggar sekumpulan burung.

Seramai 19 penumpang terbunuh pada 2012 selepas pesawat dinaiki mereka melanggar sekumpulan burung dan terhempas sebaik berlepas dari lapangan terbang tersebut.

harimau bintang, Nepal

Artikel Lain