suria

Gagal Cari Calon Isteri, Jurutera Kahwini Robot

CHINA: Seorang jurutera China bertindak mengahwini robot ciptaannya selepas gagal menemui calon isteri.

Zheng Jiajia, 31, pakar pencipta robot di wilayah Hangzhou, Zhejiang menghasilkan robot wanita tersebut pada hujung tahun lalu.

Robot itu yang diberi nama Yingying boleh mengenal pasti watak dan imej serta berupaya mengatakan beberapa perkataan mudah dalam bahasa Cina.

Menurut laporan Qianjing Evening News, Zheng 'mengahwini' wanita ciptaannya itu dalam satu majlis ringkas pada Jumaat.

Yingying memakai sut hitam dan berselendang merah semasa majlis tersebut.

Saksi yang hadir pada majlis tersebut adalah ibu Zheng dan rakan-rakannya.

Salah seorang rakan Zheng mendedahkan lelaki itu kecewa selepas gagal mempunyai teman wanita.

Zheng turut merancang untuk menaik taraf isteri robotnya itu agar dapat berjalan dan melakukan kerja rumah.

robot, Yingying, jurutera

Artikel Lain