suria

AS Sedia 'Tangani' Korea Utara Tanpa China

Ihsan Express.co.uk

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) sedia 'menyelesaikan' ancaman nuklear dari Korea Utara sama ada dibantu atau tidak oleh bantuan daripada China.

Presidennya, Donald Trump turut menyuarakan keyakinan terhadap kemampuan AS menyelesaikan konflik tersebut secara sendirian tanpa dibantu oleh China yang merupakan sekutu rapat Korea Utara.

"Itu sudah semestinya.

"Jika China tidak mahu menyelesaikan Korea Utara, kami bersedia. Itu sahaja yang saya mahu katakan," katanya dalam satu wawancara bersama akhbar Britain, Finacial Times.

Trump berkata demikian menjelang lawatan berjadual dari Presiden China, Xi Jinping minggu ini.

"China mempunyai pengaruh yang besar ke atas Korea Utara dan China sama ada akan membuat keputusan untuk membantu kami atau tidak.

"Jika mereka berbuat demikian ia akan menjadi sangat baik untuk China, dan jika mereka tidak ia tidak akan menjadi baik untuk sesiapa sahaja," kata Trump.

Ditanya sama ada langkah yang bakal diambil AS adalah bermaksud tindakan "satu lawan satu", Trump bagaimanapun tidak menjelaskan apa-apa.

"Saya tidak perlu mengatakan apa-apa lagi. Sudah seharusnya," katanya.

Trump bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut mengenai tindakan yang akan diambil negara itu.

Komen ringkas Trump berhubung siri amaran terhadap pembangunan nuklear Korea Utara, ini dikeluarkan hanya beberapa hari sebelum mesyuarat bersama Xi Jinping di Mar-a-Lago pada Khamis.

Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain