Putera Charles Hormati Ramadan, Mohon Tangguh Serang Afghanistan - Dunia | mStar

Putera Charles Hormati Ramadan, Mohon Tangguh Serang Afghanistan

PUTERA Charles dikatakan pernah menghalang serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Afghanistan pada 2001 kerana menghormati Ramadan.

Perkara itu didedahkan Duta AS ke London ketika itu, William Farish dalam temubual yang disiarkan menerusi biografi putera diraja itu.

"Putera Charles meminta saya jika dapat menghentikan serangan untuk menghormati Ramadan dan beliau minta permintaanya itu disampaikan kepada Presiden Bush."

Seramai 20,000 anggota tentera AS dan Britain diarahkan ke Afghanistan oleh George W Bush dan Perdana Menteri Tony Blair pada Oktober 2001 kerana puak Taliban enggan menyerahkan pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden.

Tindakan Charles itu dilakukan tanpa pengetahuan Blair.

Permintaan Charles itu dibuat kira-kira dua minggu sebelum umat Islam menjalani ibadah puasa.

Jelas duta itu, agak sukar untuk menghalang serangan tentera secara keseluruhannya, bagaimanapun Charles berkata:"Tetapi pihak Amerika boleh lakukan apa saja!"

Farish seteruskan bertanya: "Tuan benar-benar serius?" dan Charles membalas, "Ya."

Buku berjudul Prince Charles:The Passions And Paradoxes Of An Improbable Life hasil karya Sally Bedell Smith itu memuatkan temubual lebih 300 sahabat, keluarga dan rakannya putera diraja itu.

Tiga hari selepas serangan 11 September, Charles, Ratu Elizabeth dan Blair bersama Farish menghadiri sesi memperingati mangsa tragedi itu di Gereja St Paul.

Bagaimanapun, kurang sebulan selepas itu iaitu pada 7 Oktober , Blair telah mengumumkan serangan dilancarkan ke atas Afghanistan.

Tindakan Charles itu telah mendapat reaksi negatif pihak ketenteraan termasuk Komander Pasukan Britain di Afghanistan, Kolonel Richard Kemp.

"Siapa Putera Charles untuk menghalang serangan itu," katanya.- DailyMail



 

Ramadan , Charles , Afghanistan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Restoran Milik Gerrard, Giggs Kotor

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain