Pesawat Thai Diancam Bom Di Stockholm - Dunia | mStar

Pesawat Thai Diancam Bom Di Stockholm

PENERBANGAN Thai Airways International (Thai) yang bersedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Stockholm ke Bangkok terpaksa ditangguhkan selepas menerima ancaman bom.

Naib Presiden Kawalan Keselamatan Penerbangan Thai, Leftenan Pratana Patanasiri berkata, pesawat TG963 untuk perjalanan Stockholm-Phuket-Bangkok itu mendapat arahan pihak keselamatan lapangan terbang itu untuk menangguhkan penerbangan.

Katanya, juruterbang dimaklumkan mengenai ancaman itu ketika bersiap sedia untuk meninggalkan pangkalan.

"Susulan itu, arahan dikeluarkan supaya segera memeriksa pesawat berkenaan," katanya. 

Sumber memberitahu, ancaman bom itu dibuat terhadap penerbangan itu menyebabkan juruterbang segera mematuhi prosedur keselamatan penerbangan dan lapangan terbang itu.

Bagaimanapun, ia dibenarkan berlepas sebaik pemeriksaan selesai dan disahkan tiada bom di dalam pesawat itu.



THAI , Stockholm , bom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain