suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Gempa Kuat Landa Aceh, Sembilan Penduduk Cedera

GAMBAR FAIL bertarikah 12 Disember 2016 menunjukkan dua wanita menaiki motosikal melepasi sebuah bangunan yang runtuh akibat gempa bumi kuat berukuran 6.5 skala Richter di pekan Pidie, Aceh. - AFP

JAKARTA: Dua gempa kuat menggegarkan wilayah Aceh di Indonesia pada Khamis, lokasi yang sama yang dilanda gempa bumi pada Disember tahun lalu.

Gempa berukuran 5.1 dan 5.6 skala Richter yang dikesan oleh Pusat Peninjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Pertubuhan Palang Merah Indonesia, dua buah rumah di Pidie Jaya dekat pusat gema itu runtuh dan sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan cedera di daerah Trianggadeng.

Selain itu, bekalan kuasa turut terputus di beberapa kawasan.

Tiada kematian dicatatkan setakat ini.

Pada 7 Disember lalu, lebih 100 orang terbunuh dalam kejadian gempa yang memusnahkan lebih 11,000 struktrur, kebanyakannya rumah penduduk.

Agensi geofizik dan meteorologi Indonesia dalam laporannya berkata, tiada ancaman tsunami susulan daripada dua gempa kuat itu.

Gempa Bumi, Aceh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain