suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15,000 Penghuni Setinggan Manila Merempat

MANILA: Sekurang-kurangnya 15,000 penduduk kawasan setinggan berhampiran pelabuhan di bandar ini hilang tempat tinggal akibat kebakaran pada lewat malam.

Kejadian itu juga menyebabkan tujuh penduduk cedera dalam kebakaran yang merebak dengan pantas itu.

Pegawai bomba, Edilberto Cruz berkata, lebih 3,200 rumah di Delpan, Tondo dekat sini musnah dalam kebakaran yang hanya dapat dipadamkan.

Kawasan setinggan itu terdiri daripada rumah kecil yang kebanyakannya daripada kayu yang dibina di sepanjang lorong sempit.

Kebakaran besar itu turut menyebabkan lebuh raya berhampiran sesak teruk dan menghalang lori kontena masuk dan keluar dari pelabuhan.

Sementara itu, pegawai kebajikan, Regina Jane Mata berkata, pusat pemindahan dibuka dan bekalan makanan serta air diagihkan kepada 3,000 keluarga yang hilang tempat tinggal.

Walaupun, api dipadamkan tetapi ramai penduduk masih berada di tepi jalan bersama barangan yang dapat diselamatkan seperti pakaian, mesin basuh dan kipas.


Manila, Edilberto Cruz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain