suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harimau 'Bulat' Zoo Harbin Tarik Perhatian Ramai

HEILONGJIANG: Seekor harimau Siberia di Zoo Harbin di sini yang mengalami masalah kegemukan telah menarik perhatian ramai netizen di China.

Gambar harimau itu sedang berehat di zoo berkenaan disiarkan menerusi beberapa media.

Memetik laporan Shanghaiist, harimau itu kelihatan begitu 'sihat' dan kelihatan begitu comel hinggakan ada komentar netizen yang mahu memeluknya.

"Comelnya dia, mahu peluk," ujar salah seorang netizen di laman media sosial popular China Weibo.

Selain itu, ada juga netizen yang mempersoalkan bagaimana harimau itu boleh boleh membesar dan jadi 'bulat' seperti itu.

Malahan, ada yang menganggap keadaan harimau itu mungkin kerana pemakanan haiwan itu bagi memastikan ia mengharungi musim sejuk dengan selesa.

"Ini untuk membolehkannya kekal sihat pada musim panas," kata netizen itu.

Sesetengah netizen pula bimbang harimau itu berdepan masalah obesiti kerana ia boleh membawa kepada penyakit sampingan seperti jantung.


Siberia, Zoo Harbin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain