suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Bergambar 'Cium' Ular Maut Dipatuk

MUMBAI: Aksinya seorang remaja lelaki merakamkan gambar ketika 'mencium' ular berakhir tragedi apabila dipatuk reptilia itu.

Somnath Mhatre, 18 sebelum itu menyertai pasukan sukarela menyelamat ular itu apabila mengeluarkannya dari sebuah kereta untuk dilepaskan di tempat selamat.

Dia kemudian bergaya dengan mencium belakang kepala ular itu untuk bergambar namun ular itu berpaling dan mematuk dadanya.

Somnath dikejarkan ke sebuah hospital di sini namun meninggal dunia Khamis lalu, selepas lima hari koma.

Dalam kejadian minggu lalu itu, Somnath dikatakan telah menyelamatkan ular itu yang berada dalam kereta di kawasan perniagaan di daerah Belapur.

“Selepas berjaya mengeluarkan ular tedung itu, dua membawanya ke tempat lain dan bergambar dengan mencium kepala reptilia berkenaan.

“Namun ular itu berpaling dan mematuk dadanya,” kata rakannya itu. - Daily Mail



Somnath, ular, Mumbai

Artikel Berikut

Artikel Lain