Mayat Kemungkinan Mangsa Tebusan Abu Sayyaf Dijumpai Dalam Kapal Layar - Dunia | mStar

Mayat Kemungkinan Mangsa Tebusan Abu Sayyaf Dijumpai Dalam Kapal Layar

ZAMBOANGA CITY: Pihak tentera pada Isnin mengesahkan mengenai penemuan mayat dalam sebuah kapal layar yang ditinggalkan di Sulu.

Mayat itu dipercayai adalah rakan kepada mangsa culik warga Jerman, Juergen Kantner.

Jurucakap tentera, Major Filemon Tan berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 6 pagi Ahad berhampiran Pulau Laparan dekat Pangutaran, Sulu.

Tan berkata terdapat kesan luka tembakan pada badan mayat.

Abu Sayyaf pada Ahad mendakwa mereka telah menawan tebusan bernama Kantner namun bertindak membunuh rakan wanitanya.

Tentera berkata pihaknya masih tidak mempunyai maklumat mengenai penculikan itu. -Philippines Daily Inquirer/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

The Brunei Times Henti Operasi Akhbar

Artikel Berkaitan

Artikel Lain