Hujan Lebat Ceriakan Penduduk, Jemaah Haji - Dunia | mStar

Hujan Lebat Ceriakan Penduduk, Jemaah Haji

MAKKAH: Biar pun hanya kira-kira lebih 15 minit, namun hujan lebat yang melanda kota suci ini benar-benar menceriakan penduduk setempat dan juga ribuan jemaah haji yang berada di sini untuk menunaikan rukun Islam kelima.

Ini kerana hujan pada kira-kira pukul 4.30 petang pada waktu tempatan itu dialami selepas kali terakhir ia menyirami kota suci ini pada Ramadan lalu.

"Alhamdulillah kurang panas sikit," kata seorang jemaah haji Malaysia, Abdullah Ahmad, 52.

Suhu di sini lazimnya mencecah antara 40 hingga 43 darjah Celsius dan dengan penurunan suhu akibat hujan, ramai daripada jemaah berkira-kira untuk menunaikan umrah hari ini.

Bagi Ramlah Abdul, 63, beliau mahu menunaikan umrah malam ini berikutan cuaca yang agak redup dan tidak panas seperti kelaziman.

"Ini peluang terbaik mak cik dan yang lain untuk melakukan umrah sebab hujan jadi cuaca redup dan mudah-mudahan tidak panas," katanya.

Menurut seorang penduduk tempatan, Abu Razif, 40-an, kali terakhir hujan di sini adalah pada Ramadan lalu, sambil beliau berulang-kali mengucapkan Alhamdulillah.

Sementara itu, jumlah jemaah haji Malaysia yang tiba di tanah suci sehingga hari ini adalah seramai 15,685 orang.

Jumlah itu membabitkan seramai 15,607 jemaah di sini manakala 78 jemaah lagi di Madinah. - BERNAMA


hujan , Makkah , kota suci

Artikel Sebelum

Enjin Pesawat Terbakar Di Udara

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih 1.3 Juta Jemaah Banjiri Makkah

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain