suria

36 Macy's AS Gulung Tikar

NEW YORK: Operasi 36 gedung Macy's di Amerika Syarikat gulung tikar, manakala lebih 4,500 pekerjanya telah diberhentikan.

Langkah itu dikatakan sebagai sebahagian pelan penyusunan semula bagi memulihkan jualan syarikat yang merosot.

Susulan itu, Macy's bercadang mengurangkan kos operasi di semua cawangan gedung, pejabat dan pusat panggilan, termasuk menghapuskan purata tiga hingga empat jawatan di setiap 770 gedungnya dan Bloomingdale.

Ketua Eksekutif Macy's, Terry Lundgren, berkata perniagaannya berdepan kesukaran berikutan cuaca panas di luar musim selain perbelanjaan rendah oleh pelancong asing. 

Katanya, kira-kira 80 peratus penurunan itu mungkin disumbangkan kurangnya jualan musim sejuk seperti kot, baju sejuk, but dan skaf.

Mengenai pekerja, kira-kira 3,000 jawatan dijangka  terjejas, namun separuh daripadanya akan diletakkan pada tugas lain. 

Selain itu, tambahan 600 jawatan sokongan akan dihapuskan, dengan kira-kira 150 kakitangannya akan ditugaskan di tempat lain.

Pada masa sama, Macy's menawarkan peluang pemisahan sukarela kepada kira-kira 165 eksekutif kanan yang mencapai usia tertentu dan syarat perkhidmatan. 

Jumlah pemberhentian, tidak mengambil kira mereka yang ditawarkan semula jawatan, adalah lebih 2,100 orang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Donut Emas RM440 Sebiji

Artikel Lain