suria

Polis Paris Tembak Mati Lelaki Cuba Ceroboh Balai Polis

PARIS: Lelaki yang ditembak mati kerana cuba memasuki balai polis di Paris utara pada Khamis memakai tali pinggang letupan palsu, sumber polis memberitahu Reuters.

"Lelaki itu memang ada memakai tali pinggang itu, tetapi ia adalah palsu. Unit pelupusan bom mengesahkan ia adalah palsu," kata sumber itu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri sebelum ini berkata bahawa lelaki itu mungkin telah memakai tali pinggang letupan ketika dia masuk ke balai polis dan melaungkan 'Allahu Akbar' tetapi adalah terlalu awal untuk mengatakan sama ada ia berfungsi atau tidak.

Kejadian itu berlaku hanya beberapa minit selepas Presiden Francois Hollande memberikan ucapan kepada pasukan keselamatan di bahagian lain di Paris sempena memperingati serangan maut militan Islam terhadap majalah satira Charlie Hebdo di ibu negara Perancis tahun lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Barbie Ikon Global

Artikel Lain