suria

Barang Mencurigakan Dalam Penerbangan Paris-Miami Bukan Ancaman - Jurucakap

MIAMI: Polis mengesahkan satu barang yang mencurigakan ditemui di dalam pesawat American Airlines bagi penerbangan dari Paris ke Miami bukan satu ancaman, kata jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.

Beliau berkata, semua penumpang dan pesawat berkenaan telah diperiksa pada petang Selasa.

Seramai 217 penumpang dan 14 anak kapal menaiki penerbangan dari Paris ke Miami itu dipindah keluar dari pesawat Boeing 777 sementara polis Miami-Dade melakukan pemeriksaan terhadap baran berkenaan.

Para penumpang dan anak kapal kemudiannya dibenarkan untuk menaiki semula pesawat itu selepas pihak polis mengesahkan barangan tersebut bukan satu ancaman.

Jurucakap Greg Chin berkata, kesemua mereka kemudiannya melalui proses pemeriksaan kastam seperti biasa.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas mengenai punca barangan tersebut mencurigakan. 

Pesawat yang tiba pada pukul 3.35 petang (4.35 pagi waktu Malaysia) dan ia terpaksa dibawa jauh dari terminal lapangan terbang untuk tujuan pemeriksaan. - Reuters

Artikel Sebelum

Aceh Dilanda Banjir

Artikel Lain