suria

Lebih 1,000 Sekolah Di Los Angeles Ditutup Selepas Terima Ancaman Serangan

LOS ANGELES: Los Angeles menutup lebih 1,000 sekolah pada Selasa berikutan ancaman serangan bom dan bersenjata.

Keadaan itu mengakibatkan ratusan ribu pelajar terpaksa berada di rumah sehingga pemimpin bandar raya itu dikritik banyak pihak kerana tindakannya yang keterlaluan susulan pihak berkuasa kemudiannya memaklumkan bahawa ancaman tersebut mungkin palsu.

Pihak berkuasa berkata, emel ancaman itu "disalurkan melalui Jerman" tetapi mungkin berasal dalam negara.

Ia dibuat hampir dua minggu selepas serangan pasangan suami isteri yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) di San Bernardino sehingga mengorbankan 14 orang dan mencederakan 22 mangsa.

Penguasa Sekolah Los Angeles, Ramon Cortines memberitahu Reuters bahawa semua sekolah di Los Angeles dijangka dibuka semula pada Rabu.

Seorang jurucakap Jabatan Polis Los Angeles berkata, ancaman itu dilihat sebagai satu penipuan. - Reuters

Artikel Lain