suria

Aceh Dilanda Banjir

JAKARTA: Hujan hampir setiap hari selama dua minggu telah mengakibatkan beberapa daerah di wilayah Aceh dilanda banjir.

Menurut laman web Badan Nasional Penganggulangan Bencana (BNPB), banjir dilaporkan berlaku di daerah Aceh Barat, Aceh Tenggara, Aceh Barat Daya, Aceh Jaya, Pidie, Nagan Raya, dan Aceh Selatan.

Daerah Aceh Barat mengalami banjir sejak empat hari lepas membabitkan 112 buah kawasan perumahan.

"Berdasarkan data sementara, sebanyak 13,553 penduduk dilaporkan menjadi mangsa banjir dan kawasan paling luas dinaiki air ialah Kaway XVI iaitu sebanyak 21 kampung dengan 7,211 penduduk dan kawasan Woyla Barat melibatkan 20 kampung dengan 3,479 penduduk," lapor laman web itu.

Laporan itu juga menyebut jalan di beberapa buah daerah ditutup kepada lalu lintas dan terputus hubungan apabila terdapat jambatan yang rosak akibat arus deras.

BPBA telah menghantar bantuan logistik ke kawasan banjir dan kerajaan tempatan masing-masing telah menubuhkan pasukan petugas bersama yang dianggotai tentera, polis dan pertubuhan sukarelawan bagi menjalankan operasi bantuan banjir.

Aceh, Jakarta, Banjir

Artikel Lain