suria

Pengganas Serang London Tube

LONDON: Polis Britain sedang menyiasat kejadian tiga rakyatnya yang ditikam di stesen kereta api bawah tanah di sini pada Sabtu yang dikaitkan dengan pengganas.

Kejadian itu menyebabkan kesan darah memenuhi ruang membeli tiket di stesen berkenaan.

Saksi di Stesen Leytonstone menjerit "Kamu bukan Muslim" kepada suspek lelaki yang ditahan polis selepas menembak senapang elektrik, manakala satu bahagian lagi menunjukkan seorang pegawai polis pula menjerit "Buang pisau itu"demikian gambaran pada rakaman video amatur.

Serangan itu berlaku selepas Parlimen negara itu mengundi untuk melancarkan serangan udara terhadap kumpulan Negara Islam (IS) daripada Iraq ke Syria.

Pasukan Anti-Pengganas Britain (CTC) sedang menyiasat kejadian pada pukul 7 malam pada Sabtu itu.

"Kami menggendalikan kes ini sebagai insiden pengganas," kata Komander CTC, Richard Walton.

Setakat ini, seorang lelaki ditahan di timur subbandar di sini.

Video amatur yang tersebar menerusi Internet menunjukkan percikan darah dan cap jari ditemui di kawasan tiket stesen kereta api berkenaan.

Kata Ibu Pejabat Scotland Yard, suspek lelaki itu dilaporkan telah mengancam dan mengugut orang awam menggunakan pisau.

"Tindakan itu menyebabkan seorang mengalami kecederaan serius, manakala dua lagi cedera ringan," katanya.-- AFP





London Tube, Stesen Leytonstone

Artikel Sebelum

Artikel Lain