suria

Obama Sertai Sidang Kemuncak Di Turki Yang Dibelenggu Serangan Di Paris

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang menaiki pesawat Air Force One mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Antalya di Antalya, Turki, untuk sidang kemuncak G20. -fotoREUTERS
ANTALYA (Turki): Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mendarat di Turki pada Ahad untuk menyertai sidang kemuncak yang dibelenggu serangan keganasan di Paris, didakwa dilakukan oleh militan Islam.

Air Force One mendarat pada pukul 7 pagi waktu tempatan di lapangan terbang Antalya, sebuah destinasi percutian dengan 12,000 anggota polis dengan beberapa pusat pemeriksaan keselamatan untuk mengawasi pemimpin G20 yang secara rasmi memulakan mesyuarat selama dua hari pada Ahad.

Obama tiba sehari selepas mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara berhubung serangan di Paris, yang mengorbankan 129 nyawa dan mencederakan lebih daripada 350 mangsa.

Beliau akan bertemu dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menjelang sidang kemuncak itu, yang turut disertai ketua-ketua 20 negara paling berkuasa di dunia, termasuk Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Para pemimpin akan membincangkan tentang bagaimana untuk menyelesaikan pertempuran di Syria, krisis migran dan bagaimana untuk membendung pemanasan bumi menjelang persidangan iklim pada 30 November hingga 11 Disember di Paris.

Selepas G20, pemimpin AS itu akan ke Manila dan Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang kemuncak ekonomi dan politik Asia Pasifik.

Artikel Lain