Serangan Paris: Cap jari Sahkan Mostefai Pengebom Berani Mati - Dunia | mStar

Serangan Paris: Cap jari Sahkan Mostefai Pengebom Berani Mati

COURCOURONNES: Omar Ismail Mostefai yang memiliki rekod polis kerana melakukan jenayah ringan kini dikenal pasti sebagai penembak pada serangan bersenjata dan bom di Paris yang mengorbankan sekurang-kurangnya 129 orang.

Dikenal pasti menerusi cap jarinya yang ditemui pada dewan konsert Bataclan, lelaki berusia 29 tahun itu adalah antara tiga pengebom berani mati yang mengakibatkan 89 nyawa melayang di lokasi persembahan rock itu.

Dilahirkan pada 21 November 1985 di sini, Mostefai memiliki rekod jenayah dengan lapan kesalahan ringan antara 2004 hingga 2010 tetapi tidak pernah dihukum penjara.

Pendakwa Raya Paris, Francois Molins berkata, sebelum ini, Mostefai tidak disiasat untuk sebarang kegiatan keganasan.

Pasukan penyiasat kini sedang menjalankan siasatan sama ada dia pernah ke Syria tahun lalu, menurut sumber polis.

Bapa pengebom berani mati dan abangnya yang berusia 34 tahun kini ditahan pada petang Sabtu, manakala kediaman mereka digeledah.

"Saya berada di Paris dan melihat apa yang berlaku," kata abangnya kepada AFP.

Abangnya, seorang daripada empat anak lelaki keluarga itu bersama dua kakak menyerah diri kepada polis selepas mendapat tahun penglibatan Mostefai dalam serangan itu.

"Saya hubungai ibu tetapi dia tidak tahu apa-apa," katanya.

Sumber rapat memberitahu, Mostefai biasannya ke masjid di Luce berdekatan Chartres di barat daya Paris.


Omar Ismail Mostefai , Paris

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain