suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Parti Pimpinan Suu Kyi Menang Pilihan Raya Myanmar

Aung San Suu Kyi.

YANGON: Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan ikon prodemokrasi, Aung San Suu Kyi pada Jumaat mencatat sejarah apabila memperoleh majoriti Parlimen dalam pilihan raya umum negara itu, Ahad lalu.

Kemenangan NLD membolehkan Suu Kyi memilih presiden dan menubuhkan kerajaan baharu Myanmar selepas memperoleh mandat dalam peralihan kuasa daripada pemerintahan tentera.

Pengesahan kemenangan besar itu diumumkan selepas lima tahun sejak Suu Kyi, individu utama di sebalik pergerakan demokrasi di negara ini, dibebaskan dari tahanan rumah oleh tentera.

Pilihan raya itu adalah penyertaan pertama parti pimpinan Suu Kyi sejak 1990, menyaksikan kemenangan yang besar dengan 80 peratus kerusi yang dipertandingkan dimenangi NLD.

Menerusi pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar pada Jumaat, NLD memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk membentuk kerajaan, dengan memenangi 384 kerusi parlimen.

Namun terdapat beberapa keputusan masih belum diisytiharkan.

Kerajaan kini menanti kepimpinan parti NLD untuk mengubah landskap politik di negara yang dikawal oleh tentera selama lebih lima dekad itu.

Kemenangan majoriti selesa itu membolehkan Suu Kyi memilih presiden dan membentuk kerajaan baharu. 


Artikel Berikut

Artikel Lain