suria

Empat Anggota Keselamatan Maut Serangan Bom Di Selatan Thai

Anggota-anggota keselamatan Thailand memeriksa kawasan berdekatan pondok kawalan keselamatan kampong di Mukim Tarua, Pattani, yang musnah dalam kejadian letupan bom Khamis malam. Empat orang anggota keselamatan kampong terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kejadian tersebut. -fotoBERNAMA
PATTANI: Empat pengawal keselamatan kampung terbunuh dan lima lagi cedera dalam dua siri letupan bom terbaru di selatan Thailand yang disyaki perbuatan kumpulan pemisah.

Di Pattani, empat pengawal keselamatan kampung terbunuh dan tiga cedera apabila sebutir bom buatan sendiri seberat 20-30 kg yang diletakkan dalam pondok kawalan keselamatan Mukim Tarua, Daerah Khokpo, di sini meletup pada 8.30 malam Khamis.

Ketua Polis Wilayah Pattani Mej Jen Thanonsak Wangsupa berkata serangan kali ini disyaki didalangi kumpulan "Seri Waemamu" yang aktif di Khokpo.

Beliau berkata dipercayai suspek meletakkan bom di dalam pondok itu ketika tiada pegawai bertugas di pondok berkenaan.

"Ketika kejadian itu, terdapat lapan pengawal keselamatan yang bertugas di  pondok kawalan keselamatan tersebut," katanya kepada wartawan di sini.

Thanonsak berkata bom tersebut diaktifkan dengan menggunakan walkie talkie dan kekuatannya memusnahkan pondok kawalan itu serta mayat seorang daripada mangsa berkecai dan melambung sejauh 50 meter.

Beliau berkata tiga mangsa terbunuh di tempat kejadian dan seorang meninggal dunia di hospital Khokpo.

Sementara itu, di Narathiwat pada 7.40 pagi tadi, sebutir bom yang ditanam di tepi jalan NarathiwatSungai Golok meletup menyebabkan dua pegawai cedera ringan.

Artikel Berikut

Artikel Lain