suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Dua Kepala Dilahirkan Di Bangladesh

Bayi perempuan yang dilahirkan dengan dua kepala ini mendapat rawatan di ICU.

DHAKA: Doktor di sebuah hospital terkemuka di Bangladesh kini sedang bertungkus lumus merawat bayi perempuan yang dilahirkan dengan dua kepala, pada lewat malam Rabu.

Ketika ini, bayi yang mengalami masalah pernafasan itu diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital terkemuka di bandaraya ini.

"Apabila saya melihat bayi itu, saya terkejut. Bayi perempuan itu ada dua kepala yang sempurna, dia makan dengan dua mulut dan bernafas menggunakan dua pasang hidung.

"Saya tetap bersyukur kerana kedua-dua bayi dan ibu mereka selamat," kata bapa bayi itu, Jamal Mia.

Pemilik Standard Hospital Of Total Healthcare, Abu Kawsar di mana bayi itu dilahirkan secara pembedahan berkata, pemeriksaan awal menunjukkan bayi itu mempunyai sepasang organ utama.

"Kecuali mempunyai dua kepala, bayi itu mempunyai organ dalaman, kaki dan tangan normal seperti bayi lain," katanya kepada AFP.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain