Presiden Myanmar Jamin Suu Kyi Perolah Kuasa Secara Aman - Dunia | mStar

Presiden Myanmar Jamin Suu Kyi Perolah Kuasa Secara Aman

Suu Kyi. Foto EPA

YANGON: Kesediaan pemimpin tertinggi tentera Myanmar untuk bekerjasama dengan parti yang bakal membentuk kerajaan mendorong Presidennya, Thien Sien memberi jaminan peralihan kuasa berjalan secara aman.

Janji Thien Sien itu dibuat susulan kenyataan ketua tentera, Jeneral Ming Aung Hlaing bersetuju bekerjasama dengan parti pimpinan Aung San Suu Kyi selepas memperoleh majoriti pada pilihan raya umum negara itu.

"Tahniah kepada Suu Kyi kerana mendapat lampu hijau daripada rakyat.

"Sebagai kerajaan, kita akan menghormati dan mematuhi keputusan pilihan raya dan memindahkan kuasa secara aman," katanya.

Parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) diambang kemenangan apabila meraih lebih 85 peratus kerusi yang diumumkan setakat Khamis.

Perkembangan itu menjadikan peluang NLD untuk memenangi dua pertiga kerusi Parlimen yang diperlukan bagi membentuk sebuah kerajaan demokrasi pertama di Myanmar sejak 1960-an amat cerah.

NLD menang besar pilihan raya umum pada 1990 ketika Suu Kyi masih ditahan di rumahnya, tetapi parti itu dihalang membentuk kerajaan oleh tentera. – AFP

Aung Suu Kyi , Myanmar , Thien Sien

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

UberJEK Tolak Pemandu Busuk

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga

Peng Soon, Liu Ying tinggalkan BAM