suria

Pendakwa Mohon Perintah Reman Suspek Serangan Bom Dilanjutkan

Suspek bom berhampiran kuil Erawan dikenali Yusufu Mieraili.

BANGKOK: Pihak pendakwa pada Khamis memohon dan berjaya mendapatkan lanjutan tempoh reman terhadap dua suspek dalam serangan bom berhampiran kuil Erawan di tengah bandar raya ini pada 17 Ogos kerana mereka belum memfailkan kes itu di mahkamah.

Dua suspek dari wilayah ayutonomi Uighur Xinjiang di utara China itu ialah Mohammed Bilal Turk, 28, yang disyaki sebagai pengebom, dan Yusufu Mieraili, 26.

"Pendakwa tidak dapat memfailkan kes ini di Mahkamah Tentera  kerana mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan kes ini sebelum memfailkannya. Oleh itu, pihak pendakwa meminta tempoh reman dilanjutkan lagi 13-24 November untuk Mohammed," kata peguam Choochat Khanpai, yang mewakili suspek.

"Kes ini boleh difailkan pada bila-bila masa hingga 24 November untuk Muhammed, tapi saya berpendapat mereka boleh dikenakan pertuduhan secara serentak, walaupun Yusufu ditangkap selepas Mohammed.

"Kami sudah menyediakan seorang jurubahasa untuk perbicaraan, seorang lelaki Uzbekistan, kerana orang Uzbek juga boleh bercakap Uighur, tapi hari ini terdapat beberapa masalah komunikasi bagi Mohammed kerana jurubahasa itu perlu menterjemah perbicaraan (dalam bahasa Thai) ke bahasa Ingeris," kata Choonchat kepada pemberita di Mahkamah Tentera di sini pada Khamis selepas berjumpa denganpara pegawai mahkamah dan pendakwa. a

Beliau berkata Yusufu tidak menghadapi masalah kerana dia agak fasih berbahasa Inggeris.

Kedua-dua mereka tidak membuat penafian terhadap tuduhan utama merancanguntuk melakukan pembunuhan dan melakukan cubaan membunuh semasa siasatan dijalankan, kata Choonchart. 

Kedua-dua suspek tiba di mahkamah itu pada kira-kira 10.30 pagi dengan kawalan ketat. Mereka ditahan di penjara tentera di daerah Dusit, Bangkok, sejak ditangkap.

Mohammed, yang juga dikenali sebagai Adem Karadag, ditangkap pada 29 Ogos dipangsapurinya di Bangkok.

Dia didakwa mengaku meletakkan bahan letupan di kuil Erawan yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong, terutama dari China.

Yusufu pula ditangkap di sempadan Thailand-Kemboja pada 1 September dan belum mempunyai peguam untuk mewakilinya.

Letupan bom pada 17 Ogos itu berlaku pada 6.55 petang waktu tempatan, waktu puncak di tengah Bangkok, dan mencederakan 130 orang serta meragut 20 nyawa, termasuk lima rakyat Malaysia.

kuil Erawan, serangan bom

Artikel Sebelum

UberJEK Tolak Pemandu Busuk

Artikel Berikut

Artikel Lain