suria

41 Maut, Lebih 200 Cedera Serangan Bom IS Di Beirut

BEIRUT: Kawasan membeli-belah terkemuka di bandaraya ini kecoh apabila dibedil dua letupan yang menyebabkan 41 maut, manakala lebih 200 yang lain cedera.

Serangan ke atas kubu kuat puak Syiah, Hezbollah pada Khamis itu didalangi militan Negara Islam (IS).

Insiden itu berlaku di kawasan beli belah di jalan sempit, Burj al-Barajneh.

IS menerusi kenyataan di media sosial mengakui bertanggungjawab apabila meletakkan bahan letupan pada motosikal di kawasan berkenaan.

"Seorang syahid kami meletupkan dirinya di kawasan itu," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, setakat ini dakwaan IS itu belum dapat disahkan.

Sementara itu, tentera Lubnan berkata, serangan itu dibuat dua pengebom nekad dan mayat pengebom ketiga yang gagal meletupkan bahan letupan di badannya ditemui di tempat kejadian. - AFP




bom, IS, Beirut, Burj al-Barajneh, Syiah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain