suria

Helmut Schmidt Meninggal Dunia Pada Usia 96

Helmut Schmidt ketika memimpin Jerman Barat pada 1982.

BERLIN: Bekas Canselor Jerman Barat, Helmut Schmidt, meninggal dunia pada Selasa selepas kesihatannya semakin merosot sejak beberapa hari lalu.

Menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 96 tahun, Schmidt dikenali ramai sebagai tokoh yang dihormati dan lantang bersuara.

Doktornya, Heiner Greten memberitahu akhbar Hamburger Abendblatt bahawa Schmidt 'sedang nazak'. "Sejak Ahad, keadaan (kesihatan) beliau semakin merosot," kata Greten.

Beliau dilantik sebagai canselor pada Mei 1974 selepas Willy Brandt melepaskan jawatannya. Sebagai Canselor, Schmidt membawa bersamanya pengalaman sebagai menteri pertahanan, kewangan dan ekonomi yang dilaluinya ketika berdepan kelembapan ekonomi berikutan krisis minyak pada 1973.

Beliau memimpin negara itu pada era Perang Dingin dan menerajui bekas negara Jerman Barat itu dari 1974 hingga 1982 sehingga menjadi antara kuasa ekonomi utama dunia.

Pemimpin berhaluan sederhana daripada Parti Sosial Demokratik (SPD), Schmidt mentadbir negara itu melalui beberapa situasi rencam termasuk seperti serangan kumpulan radikal haluan kiri, kumpulan serpihan Tentera Merah, melaksanakan ekonomi pasaran bebas kepada partinya dan mengamalkan dasar politik pragmatik di Eropah. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain