suria

Tentera Mesir Tahan Wartawan Di Lokasi Rahsia

Hossam Bahgat masih ditahan di lokasi rahsia kerana artikel tulisannya dikatakan menyebar berita palsu.

KAHERAH: Peguambela kepada wartawan siasatan dan hak kemanusiaan Mesir memaklumkan pihak tentera menahan anak guamnya di sebuah lokasi rahsia sehingga dihadapkan ke muka pengadilan kerana menyebarkan berita palsu.

Adel Ramadan, salah seorang peguam berkata, pendakwa tentera enggan memberitahu di mana Hossam Bahgat yang ditahan Ahad berada selepas diarah ke bangunan agensi risikan di sini.

Bahgat adalah salah wartawan hak asasi terbaik Mesir. Beliau mengasaskan Inisiatif Hak Peribadi pada 2002 dan pulang ke negara asalnya selepas setahun sebagai felo pelawat di sekolah kewartawanan di Universiti Columbia, New York.

Penahanannya menyebabkan ramai di kalangan aktivis menyuarakan rasa tidak puas hati di laman sosial.

Kata Ramadan, pihak pendakwa bertanyakan maklumat terperinci mengenai artikel yang ditulisnya bulan lalu berkaitan hukuman terhadap sekumpulan pegawai tentera pada Ogos 2015 selepas didakwa bersubahat dengan Presiden yang disingkirkan Mohammed Morsi untuk menentang Presiden baharu Mesir, Abdel Fattah el-Sisi.

"Saya bertanyakan ketua kumpulan pendakwa di mana lokasi penahanan Bahgat tetapi dia tetap merahsiakannya.

"Tiada siapa tahu apa akan berlaku, dia mungkin akan dibebaskan atau akan ditahan lebih lama," kata Ramadan sambil menambah anak guamnya itu mungkin ditahan sehingga Rabu ini.

Jurucakap tentera, Brig Jen Mohamed Samir berkata, Bahgat dirujuk ke perbicaraan tentera kerana menggugat keselamatan negara dan menulis berkaitan pasukan keselamatan itu tanpa kebenaran pegawai tertinggi tentera.

Jika didapati bersalah, Bahgat akan dikenakan hukuman penjara dan/atau membayar denda sehingga $2,500.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Buaya Kawal Banduan Dadah Indonesia

Artikel Lain