suria

Ronaldo Tetap Rahsiakan Identiti Ibu Kepada Anaknya

Cristiano Ronaldo bersama anak lelakinya, Cristiano Ronaldo Jr pada majlis pelancaran filem "Ronaldo" di London, Isnin.

LONDON: Cristiano Ronaldo tetap mempertahankan keputusannya untuk tidak mendedahkan identiti ibu kepada anak lelakinya yang kini berusia lima tahun.

"Saya tidak pernah beritahu sesiapa sebelum ini dan tidak akan beritahu sesiapa pun," katanya.

Beliau ditemui media di sini selepas majlis pelancaran filem dokumentari mengenai kehidupan serta kerjayanya.

Malahan, pemain berusia 30 tahun ini juga mengakui tidak pernah menyesal selepas bersetuju menghasilkan dokumentari itu.

"Saya tidak menyesal, cuma saya bagaikan tidak pecaya. Apabila anda lakukan sesuatu, pasti ada yang akan mencari alasan  untuk mengkritik anda, tetapi ia sesuatu yang normal," katanya.

Filem "Ronaldo" dihasilkan pengarah terkemuka, Ayrton Senna dan Amy Winehouse mengisahkan perjalanan hidup pemain bola sepak terkemuka itu sepanjang membarisi pemain Real Madrid, kejayaan Piala Eropah pada 2014 dan memperoleh anugerah Ballon d'Or yang ketiga pada Januari 2015.

Ia turut mendedahkan pengakuan ibunya, Dolores mengenai hasratnya mahu mengguggurkannya ketika dalam kandungan, selain Ronaldo secara terbuka bercakap mengenai keperitan yang dilalui keluarganya keana mending bapa dan abangnya yang ketagihan arak.

Adegan menarik filem itu juga menunjukkan saat berharga antara kapten Protugal dan anak lelakinya, selain waktu santai bersama kenalan serta ejennya, Jorge Mendes.






Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain