Saya Tak Hantar Pesanan Teks, Tweet Atau Ada Perakam Telefon Pintar - Obama - Dunia | mStar

Saya Tak Hantar Pesanan Teks, Tweet Atau Ada Perakam Telefon Pintar - Obama

Obama (kiri) ketika ditemuramah oleh Jimmy Kimmel.

LOS ANGELES: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada Khamis berkata, beliau tidak menghantar pesanan teks, jarang menulis sendiri di twitter, dan tidak dibenarkan mempunyai telefon pintar yang mengandungi peranti rakaman.

Dan jangan bertanyakan beliau tentang alamat emel Hillary Clinton. Beliau tidak akan memberikannya kepada anda.

"Biasanya, saya tidak menulis tweet sendiri," kata presiden itu dalam satu temuramah di dalam program "Jimmy Kimmel Live" di saluran ABC.

"Saya tidak menulis teks. Saya emel. Saya masih mempunyai Blackberry," katanya.

Obama berkata, kedua-dua anak perempuannya mempunyai telefon pintar dan bertukar pesanan teks bersama rakan-rakan mereka, tetapi beliau mempunyai penggunaan teknologi terbaharu atas sebab keselamatan.

"Saya tidak boleh menggunakan telefon yang mempunyai perakam di dalamnya. Oleh itu, banyak ciri baharu saya tak dapat atas sebab-sebab keselamatan," katanya.

Obama berkata demikian bagi menjawab soalan pengacara Jimmy Kimmel sekiranya presiden itu mempunyai alamat emel baharu Hillary Clinton.

"Saya tidak boleh berkongsikannya bersama anda. Terus-terang saya katakan, saya tidak fikir dia mahu anda mempunyai alamat emelnya," jelas Obama.

Clinton yang dikatakan mahu bertanding dalam pemilihan presiden pada 2016 mencetuskan kontroversi kerana menggunakan akaun emel peribadi untuk perniagaan rasmi ketika menjadi diplomat AS.

Ditanya mengenai kehidupannya di White House, Obama berkata, sudah lama beliau tidak memasak atau memandu kereta, dan beliau membuat gurauan yang merujuk kepada orang ramai yang percaya dirinya bukan kelahiran AS.

Presiden itu dilahirkan di Hawaii. Ibunya berasal dari Kansas manakala bapanya dari Kenya. - REUTERS

Barack Obama , Hillary Clinton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain