suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Himpunan Gambar Osama Bin Laden Yang Jarang Ditemui



HIMPUNAN gambar kehidupan Osama Bin Laden yang jarang ditemui didedahkan oleh seorang ahli Al Qaeda, Khaled Al Fawaz yang kini ditahan pihak barat.

Gambar yang dirakam oleh wartawan Palestin, Abdel Barri Atwan pada 1996 bukan sahaja menceritakan kehidupan Osama tetapi turut mendedahkan bilik dan terowong rahsia di Tora Bora, Afghanistan.

Ketika gambar itu dirakam, Osama masih belum disenaraikan sebagai pemberontak dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS).

Osama menjadi buruan dunia selepas dia didakwa sebagai perancang kepada peristiwa 9/11 di AS.

Berikutan itu juga AS kemudian menyerang Afghanistan tetapi gagal mendapatkan pemimpin berkenaan.

Osama dilapor berada di Tora Bora sejak 80-an untuk membina terowong dan kem melahirkan ahli Al Qaeda untuk mentadbir seluruh Afghanistan.

Pemimpin terbabit kemudian telah melarikan diri ke Pakistan dan sukar dikesan uttuk tempoh yang panjang.

Bagaimanapun pada 2011, Osama ditembak mati oleh pasukan tentera elit AS di Abbottabad manakala mayatnya dibuang di lautan.



Osama Bin Laden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain