suria

Pemain Ski Parah Dilanggar Pesawat Ringan

LYON: Seorang pemain ski warga Poland cedera parah selepas dilanggar oleh sebuah pesawat ringgan yang membuat pendaratan cemas di Banjaran Alps, Perancis pada Khamis.

Pesawat itu gagal untuk berlepas dalam keadaan landasan yang bersalji pada altitud tinggi dekat kawasan ski di Avoriaz.

Juruterbang itu tidak dapat menghentikan pesawat berkenaan menyebabkan ia jatuh ke cerun dan hampir mengenai sekumpulan kanak-kanak di bawah kabel kerusi gantung sebelum mengenai seorang wanita dan hampir memutuskan tangannya.

"Kami hanya nyaris mengelakkan kemalangan," kata sumber anggota bomba yang tidak mahu dikenali.

Menurus perkhidmatan kecemasan, kipas pesawat itu mengenai wanita berusia 55 tahun dan nyaris memutuskan tangannya.

Wanita itu dengan segera diberikan rawatan oleh seorang doktor di resort sebelum dihantar ke sebuah hospital tempatan menggunakan helikopter.

"Pesawat itu secara tiba-tiba berada di belakangnya dan tiada bunyi kedengaran. Dia tidak mendengarnya," kata seorang pendakwa raya, Patrick Steinmetz kepada AFP.

Steinmetz berkata, juruterbang itu merupakan "seorang yang profesional yang boleh berhadapan dengan situasi seperti itu" ketika berlepas.

Pejabat pendakwa itu sedang menyiasat kes berkenaan. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain