suria

Miitig Dipilih PM Baharu Libya

Seorang pemberita menonton siaran langsung anggota parlimen Libya di Parlimen di Tripoli yang membuat keputusan dalam memilih dua calon untuk jawatan perdana menteri baharu negara itu. Ahmed Miitig, yang merupakan seorang ahli perniagaan dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Libya. Foto AFP

TRIPOLI: Ahmed Miitig, seorang ahli perniagaan, dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Libya pada Ahad selepas memenangi undi di Parlimen, kata seorang pegawai parlimen yang membuat pengumuman itu.

Selepas sesi Kongres Agung Kebangsaan (GNC) yang huru-hara, Miitig pada mulanya dilaporkan hanya memperoleh 113 undi daripada 120 undi yang diperlukan di bawah perlembagaan dalam undi keyakinan.

Tetapi salah seorang pegawai GNC, Salah al-Makhzoum kemudiannya berkata, Miitig sebenarnya meraih 121 undi di dalam parlimen interim yang mempunyai 185 kerusi.

Ia diperoleh selepas membuat pengiraan semula, sekali gus menewaskan pencabarnya, Omar al-Hassi, yang merupakan seorang profesor di sebuah universiti. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain