suria

Gempa Bumi 6.3 Mangnitud Gegar Timur Indonesia

AMBON (Indonesia): Gempa kuat berukuran 6.3 magnitud melanda pesisir pantai timur Indonesia dan Timor Leste pada Ahad.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami atau laporan kerosakan dan kecederaan dikeluarkan setakat ini.

Menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku pada pukul 10.24 pagi (waktu tempatan) berpusat 351 kilometer di ibu negara Timor Leste dengan kedalaman kira-kira 10 kilometer.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik, tidak mengeluarkan sebarang amaran berikutan gegaran yang berlaku jauh di Timur kepulauan Indonesia antara Timor Leste dan Papua New Guinea.

Artikel Berikut

Artikel Lain