suria

Lapan Maut Selepas Mangsa Taufan Haiyan Serbu Gudang Beras di Filipina

TACLOBAN (Filipina): Sekurang-kurangnya lapan terkorban selepas beribu mangsa Taufan Haiyan menyerbu sebuah gudang milik kerajaan bagi mendapatkan bekalan beras susulan taufan terkuat melanda Filipina.

Jurucakap Lembaga Makanan Kebangsaan, Rex Estoperez, berkata pasukan polis dan tentera diarahkan ke tempat kejadian bagi menghalang rompakan yang berlaku di bandar Alangalang, sejak semalam. Beliau berkata, lapan orang terbunuh selepas dinding gudang yang menempatkan 100,000 guni beras runtuh.

Estoperez berkata, terdapat gudang simpanan beras lain di wilayah berkenaan namun enggan mendedahkan atas faktor keselamatan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain