suria

Taufan Haiyan: AS Arah Kapal Pengangkut Bantu Misi Menyelamat Ke Filipina

WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel pada Selasa mengarahkan kapal pengangkut pesawat, USS George Washington dan dua lagi kapal belayar ke Filipina untuk mengetuai misi menyelamat negara yang teruk dilanda Taufan Haiyan itu.

Kapal pengangkut itu yang mempunyai 5,000 anak kapal dan lebih 80 pesawat di dalamnya, ketika ini sedang berada di Hong Kong dalam lawatan ke pelabuhan.

Semua anak kapal dikerah untuk lebih awal sampai di pelabuhan dan belayar ke perairan Filipina yang dijangka sampai lewat petang ini, kata Pentagon dalam satu kenyataan.

"Mengiring kapal induk itu ialah kapal USS Antietam dan USS Cowpens dan satu kapal pemusnah USS Mustin.

"Kapal bantuan USNS Charles Drew juga sedang dalam perjalanan dan akan bergabung dengan kapal induk ini kemudian," kata Pentagon.

The USS Lassen, sebuah lagi kapal pemusnah juga sudah memulakan pelayaran ke wilayah perairan Filipina semalam.

Selain anak kapal dan pengangkut pesawat, USS George Washington mempunyai keupayaan untuk melakukan pelbagai tugas, termasuk memberi bantuan ketika bencana alam.

Kepal induk ini turut disokong dengan Skuadron Tempur Laut 12 dengan helikopter MH-60S Seahawk, pesawat maritim “Saberhawks” dengan Skuadron Bertindak 77. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain